Friday, July 5, 2013

Ramadhan Checklist?

Pejam celik pejam celik Ramadhan is coming! Feeling all excited as usual! So, sempena bulan mulia yang bakal kunjung tiba jom kita layan checklist Ramadhan supaya di bulan Ramadhan ini dapatlah kita dimanfaatkan sebaik mungkin. InshaAllah~

First of All, let's reset our mind & jadikan Quran sebagai tonggak utama dalam bulan mulia ini! Ya, aku tau mesti akan ada yang cakap, 

"..Bulan puasa je ke baru nak ingat Allah?..Bulan-bulan lain macam mana pulak?.."

"..Al-Quran tu kena baca sepanjang tahun lah, bukan nak tunggu Ramadhan baru nak sibuk pulun.."

"..Ala, lepas bulan puasa ni terus kembali ke 'asal'.."

and the list go on.....

FINE! frankly, mentaliti macam ni lah yang kita nak kena HALAU. BUANG. HAPUS. kebaikan yang bakal/hendak kita buat ni ialah untuk diri sendiri. bukan untuk jiran sebelah umah atau kawan seofis atau sesiapa. okay? So, let's reset our mind & make THE HOLY QURAN IS YOUR BESTEST FRIEND!


Next, jom kita go through checklist yang perlu kita ikuti/buat. But, kenalah kita ingat yang lain orang lain caranya. tak semestinya orang tu buat cara A kita kena kelam kabut ikut cara A jugak, if cara B yang lebih serasi & sesuai tak ada salahnya untuk kita cuba. Janji pengakhirannya kita mencapai keputusan yang diingini. Jangan pulak terpesong & syok sendiri ya!




1. Niat puasa.

Okay, ini wajib.. kalau jenis yang pelupa & selalu berdepan dengan masalah rutin ni, silalah berniat sebulan terusss! So, it's your call~

Niat Berpuasa Harian:
 

Nawaitu sauma ghodin an’adae fardisyahri romadhona hazizhi sanati lillahhi ta’ala.
(Sahaja aku berniat puasa esok hari untuk menunaikan fardu Ramadan tahun ini kerana Allah Taala)

Niat Berpuasa Sebulan :
 

Nawaitu sauma syahri ramadhana kulihi lillahitaala
(Sahaja aku berniat berpuasa keseluruhan pada bulan ramadhan ini kerana Allah Taala)

2. Bersahur

Sahur ni sunat tahu? kalau buat dapat pahala. So, jangan lepaskan peluang ni yer. Bagi golongan yang ingin berdiet & malas nak bangun pagi ikutlah ideaku ini.. sebelum tidur letak sebotol air mineral beserta 2biji kurma di tepi katil and masa sahur bolehlah makan tanpa perlu buka mata pun! (macam gua..hihihi) senang kan? So, takde alasan untuk tak bersahur & actually our body need an energy untuk hari tersebut. Jangan seksa badan yer...

3.Membaca Al-Quran

Ini berbalik pada saranan mind set aku diatas. Baca Al-Quran!! Ramadhan ada 30hari.. maka sehari bolehlah diperhabiskan 1 juzuk! tak mampu? banyak sangat? tak cukup masa? CUT all of it!! cuba dulu. kalau tak cuba takkan pernah tahu. okay?

4.Solat Awal Waktu

Solat itu tiang agama, aku puji zaman sekarang sebab ramai yang mengambil berat tentang soal solat. Sekarang ni, kalau kita tengok dekat surau-surau shopping complex pun dah full dengan umat Islam yang berpusu-pusu nak menunaikan kewajipan masing-masing. Alhamdulillah. Tapi, berbalik pada tujuan/matlamat kita pada bulan puasa ni untuk menjadi yang lebih baik. So, apa kata kita praktikkan solat sejurus selepas dengar azan ataupun secepat yang boleh selepas masuknya sesuatu waktu tu. Janganlah dilengahkan solat, aku faham.. aku pun camtu gak..lau tak pukul 3lebih selagi tulah tak pegi solat Zohor! Isyhh.. Isyhh.. Tapi, kata nak berubah kan? So, sempena bulan yang mulia ni ayuhlah kita menunaikan solat di awal waktu yok!! :))

5.Solat Tarawikh

Seperti yang kita maklum, solat terawikh ni akan hanya dijalankan pada bulan Ramadhan. Dalam kata erti lain kira macam solat special untuk bulan Ramadhan. So, perkara special ni rugi kalau tak dinikmati sebaik mungkin. Mungkinlah agak susah untuk tak miss solat terawikh ni. But, try your very best & sebanyak yang mungkin okay?.. Dan ingat.. kejar kualiti bukan kuantiti!!

6.Qiamullail

Kebaikan ber-Qiamullail ni amatlah besar dan meluas!! Aku faham, time hari biasa kita perlu bekerja. So, possibility nak berjaga malam tu amatlah kurang. Oleh itu, pandai-pandailah nak bahagikan masa yer kawan-kawan. Kalo rasa weekdays agak penat try on weekends. Bak kata pepatah, dimana ada kemahuan disitu ada jalan.

7.Menjaga Pandangan

Haaa.. ni penting ni. Mata yang dikurniakan oleh Allah itu ada amanahnya yang tersendiri, janganlah mislead on using it. Use it wisely in the right way. Ini kalau ade makhluk berlainan jantina lalu kat depan kemain terbeliak lagi mata tu & it's apply to BOTH guys n ladies out there yer. Pandanglah menda-menda yang bermanfaat dari yang melalaikan. agak-agak semua melalaikan tutup mata terus, TIDO. hehee. tak susah kan?

8.Memelihara Lidah

Sebenarnya pelihara lidah ni meluas sangat pengertiannya. Selalu bila orang pesan kat kita suruh pelihara lidah mesti kita ingat jangan mengumpat jer satu maksudnya. But, that's not all yer..memelihara lidah ni termasuklah juga sentiasa menuturkan kata-kata yang perlu/manfaat. Perlu kat sini bermakna perkara yang baik-baik dan mendatangkan faedah kepada si pendengar. Janganlah tiap hari di bulan ramadhan tu asyik mengeluh jek. Lapar lah, mengantuklah, tak bersemangatlah.. sampai orang yang mendengar pun boleh jadi demotivated dek kerana kata-kata kita tu. Kan tak elok camtu & eventually U'll giving a bad impact to your surrounding & to month of Ramadhan itself.

That's all I wanna share sempena bulan yang mulia ini.. Apa yang aku nak tekankan kat sini ialah semua pendapat/kenyataan diatas ialah purely from beneath of my heart. Kalau ada yang salah atau tersasar harap dimaafkan lah ye. Saya pun budak baru belajar jugak! Last but not least, mari kita jadikan Ramadhan ini sebagai permulaan ke jalan menuju redha Allah. Janganlah lepas Ramadhan je semua back to normal elak-elakkan lah yer. Ingat, biarlah mula-mula tu kita terasa cam hipokrit atau poyo-poyo nak berubah. InshaAllah selepas dah biasa semua ni akan jadi rutin kita & "kemanisan" itu akan dapat dirasai. InshaAllah! Akhir sekali (lagi sekali?) ISTIQAMAH, ISTIQAMAH & ISTIQAMAH~



p/s : Sempena bulan Ramadhan ini aku memohon maaf from tip to toe! Selamat berbazar ehhh.. BERPUASA!! :)

**All picture courtesy to google