Thursday, November 21, 2013

Out of time..


Which is you FIZA!!! *facepalm*

Saturday, November 9, 2013

Ramblings.

Assalamualaikum.

So, how your weekend goin' on? Hope it went all well. As for me? Tak keluar rumah pun. Got a minor flu, so melepet jela sebab ngantuk kena penangan ubat! 

Okay, back to the point aku menulis setelah sekian lama mengabaikan blog tercinta ini! 

Kalau ikut kiraan lagi 37hari je lagi "hari itu" nak tiba. Takuttnyaaaa.. Macam-macam yang ada dalam fikiran ni. Jadi ke? Kalau jadi macamana? Mudah ke segalanya nanti?.. Selama ni aku dengar ramai sangat yang kata time tula macam-macam ujian Allah nak duga kita & kita kena sentiasa kuat menerimanya.

Sekarang ni aku hanya mampu berdoa je supaya Allah mempermudahkan segala urusanku dan keluarga. Aku kena yakin dengan takdir dan janji Allah s.w.t yang Dia tidak akan sesekali membebani umatnya diluar kemampuan seseorang itu..

Semoga aku kuat terima segalanya.. Walau dugaan satu per satu datang menyinggah. Sesungguhnya aku sedar yang aku PENDOSA.

Sekian.
Till fingers meet keyboard again.

p/s : I'll share what it is when everything "confirmed" & the right times come. InshaAllah~



Saturday, August 3, 2013

Resepi Crab with Salted Egg!

Assalamualaikum.

Hari ni aku nak perasan ala-ala chef! So, meh nak share 1 resepi yang senang. Actually, resepi ni aku amek dari blog ini and try & error la kan. Alhamdulillah menjadi la, nampak susah tapi sebenarnya sonang yooo! Untuk complete resepi (dengan sukatan) bolehlah berkunjung ke blog diatas. Aku just nak share secara simple dan straight foward jek.




1st,
Bahan-bahan yang diperlukan untuk step pertama ni ialah ketam, telur & tepung jagung. Potong ketam kepada 2 bahagian, basuh & tos. Kemudian, sediakan tepung jagung & telur. Celup ketam dengan tepung jagung then kedalam telur & lagi sekali kedalam tepung. Selesai process tu untuk semua ketam yang ada.. Lastly, deep fry lah ketam-ketam tersebut.

2nd,
Kita akan sediakan pulak sos untuk resepi ni. Bahan yang diperlukan ialah relur masin (merahnya 4biji & putih sebiji- lenyek), butter (dalam 2sudu besar), daun kari (2tangkai), Cili padi (di potong kecik-kecil ikut kesesuaian kepedasan masing-masing), gula, garam & lada sulah for seasoning. Caranya amats la simple! Mula-mula panaskan kuali, masuk butter hingga cair dan masukkan daun kari & cili padi masak hingga wangi. Kemudian, masukkan telur masin yang telah dilenyek & all the seasoning. SIAP.

3rd,
This is the final process! Just masukkan ketam yang telah di deep fry tadi kedalam sos yang dah siap dibuat. Kacau sampai mesra & serata. SIAP! :) :)

* ketam boleh digantikan dengan apa-apa seafood yang korang suka. Your choice!

okay.. simple kan? Resepi ni amat sesuai untuk mereka-meraka yang baru nak berjinak dalam bidang masak memasak ni. Simple yet delicious & nampak macam pro! Lau nak present kat mak mertua pun boleh!! hehe.. Okaylah, selamat mencuba & good luck!

till fingers meet keyboard again!

Friday, July 5, 2013

Ramadhan Checklist?

Pejam celik pejam celik Ramadhan is coming! Feeling all excited as usual! So, sempena bulan mulia yang bakal kunjung tiba jom kita layan checklist Ramadhan supaya di bulan Ramadhan ini dapatlah kita dimanfaatkan sebaik mungkin. InshaAllah~

First of All, let's reset our mind & jadikan Quran sebagai tonggak utama dalam bulan mulia ini! Ya, aku tau mesti akan ada yang cakap, 

"..Bulan puasa je ke baru nak ingat Allah?..Bulan-bulan lain macam mana pulak?.."

"..Al-Quran tu kena baca sepanjang tahun lah, bukan nak tunggu Ramadhan baru nak sibuk pulun.."

"..Ala, lepas bulan puasa ni terus kembali ke 'asal'.."

and the list go on.....

FINE! frankly, mentaliti macam ni lah yang kita nak kena HALAU. BUANG. HAPUS. kebaikan yang bakal/hendak kita buat ni ialah untuk diri sendiri. bukan untuk jiran sebelah umah atau kawan seofis atau sesiapa. okay? So, let's reset our mind & make THE HOLY QURAN IS YOUR BESTEST FRIEND!


Next, jom kita go through checklist yang perlu kita ikuti/buat. But, kenalah kita ingat yang lain orang lain caranya. tak semestinya orang tu buat cara A kita kena kelam kabut ikut cara A jugak, if cara B yang lebih serasi & sesuai tak ada salahnya untuk kita cuba. Janji pengakhirannya kita mencapai keputusan yang diingini. Jangan pulak terpesong & syok sendiri ya!




1. Niat puasa.

Okay, ini wajib.. kalau jenis yang pelupa & selalu berdepan dengan masalah rutin ni, silalah berniat sebulan terusss! So, it's your call~

Niat Berpuasa Harian:
 

Nawaitu sauma ghodin an’adae fardisyahri romadhona hazizhi sanati lillahhi ta’ala.
(Sahaja aku berniat puasa esok hari untuk menunaikan fardu Ramadan tahun ini kerana Allah Taala)

Niat Berpuasa Sebulan :
 

Nawaitu sauma syahri ramadhana kulihi lillahitaala
(Sahaja aku berniat berpuasa keseluruhan pada bulan ramadhan ini kerana Allah Taala)

2. Bersahur

Sahur ni sunat tahu? kalau buat dapat pahala. So, jangan lepaskan peluang ni yer. Bagi golongan yang ingin berdiet & malas nak bangun pagi ikutlah ideaku ini.. sebelum tidur letak sebotol air mineral beserta 2biji kurma di tepi katil and masa sahur bolehlah makan tanpa perlu buka mata pun! (macam gua..hihihi) senang kan? So, takde alasan untuk tak bersahur & actually our body need an energy untuk hari tersebut. Jangan seksa badan yer...

3.Membaca Al-Quran

Ini berbalik pada saranan mind set aku diatas. Baca Al-Quran!! Ramadhan ada 30hari.. maka sehari bolehlah diperhabiskan 1 juzuk! tak mampu? banyak sangat? tak cukup masa? CUT all of it!! cuba dulu. kalau tak cuba takkan pernah tahu. okay?

4.Solat Awal Waktu

Solat itu tiang agama, aku puji zaman sekarang sebab ramai yang mengambil berat tentang soal solat. Sekarang ni, kalau kita tengok dekat surau-surau shopping complex pun dah full dengan umat Islam yang berpusu-pusu nak menunaikan kewajipan masing-masing. Alhamdulillah. Tapi, berbalik pada tujuan/matlamat kita pada bulan puasa ni untuk menjadi yang lebih baik. So, apa kata kita praktikkan solat sejurus selepas dengar azan ataupun secepat yang boleh selepas masuknya sesuatu waktu tu. Janganlah dilengahkan solat, aku faham.. aku pun camtu gak..lau tak pukul 3lebih selagi tulah tak pegi solat Zohor! Isyhh.. Isyhh.. Tapi, kata nak berubah kan? So, sempena bulan yang mulia ni ayuhlah kita menunaikan solat di awal waktu yok!! :))

5.Solat Tarawikh

Seperti yang kita maklum, solat terawikh ni akan hanya dijalankan pada bulan Ramadhan. Dalam kata erti lain kira macam solat special untuk bulan Ramadhan. So, perkara special ni rugi kalau tak dinikmati sebaik mungkin. Mungkinlah agak susah untuk tak miss solat terawikh ni. But, try your very best & sebanyak yang mungkin okay?.. Dan ingat.. kejar kualiti bukan kuantiti!!

6.Qiamullail

Kebaikan ber-Qiamullail ni amatlah besar dan meluas!! Aku faham, time hari biasa kita perlu bekerja. So, possibility nak berjaga malam tu amatlah kurang. Oleh itu, pandai-pandailah nak bahagikan masa yer kawan-kawan. Kalo rasa weekdays agak penat try on weekends. Bak kata pepatah, dimana ada kemahuan disitu ada jalan.

7.Menjaga Pandangan

Haaa.. ni penting ni. Mata yang dikurniakan oleh Allah itu ada amanahnya yang tersendiri, janganlah mislead on using it. Use it wisely in the right way. Ini kalau ade makhluk berlainan jantina lalu kat depan kemain terbeliak lagi mata tu & it's apply to BOTH guys n ladies out there yer. Pandanglah menda-menda yang bermanfaat dari yang melalaikan. agak-agak semua melalaikan tutup mata terus, TIDO. hehee. tak susah kan?

8.Memelihara Lidah

Sebenarnya pelihara lidah ni meluas sangat pengertiannya. Selalu bila orang pesan kat kita suruh pelihara lidah mesti kita ingat jangan mengumpat jer satu maksudnya. But, that's not all yer..memelihara lidah ni termasuklah juga sentiasa menuturkan kata-kata yang perlu/manfaat. Perlu kat sini bermakna perkara yang baik-baik dan mendatangkan faedah kepada si pendengar. Janganlah tiap hari di bulan ramadhan tu asyik mengeluh jek. Lapar lah, mengantuklah, tak bersemangatlah.. sampai orang yang mendengar pun boleh jadi demotivated dek kerana kata-kata kita tu. Kan tak elok camtu & eventually U'll giving a bad impact to your surrounding & to month of Ramadhan itself.

That's all I wanna share sempena bulan yang mulia ini.. Apa yang aku nak tekankan kat sini ialah semua pendapat/kenyataan diatas ialah purely from beneath of my heart. Kalau ada yang salah atau tersasar harap dimaafkan lah ye. Saya pun budak baru belajar jugak! Last but not least, mari kita jadikan Ramadhan ini sebagai permulaan ke jalan menuju redha Allah. Janganlah lepas Ramadhan je semua back to normal elak-elakkan lah yer. Ingat, biarlah mula-mula tu kita terasa cam hipokrit atau poyo-poyo nak berubah. InshaAllah selepas dah biasa semua ni akan jadi rutin kita & "kemanisan" itu akan dapat dirasai. InshaAllah! Akhir sekali (lagi sekali?) ISTIQAMAH, ISTIQAMAH & ISTIQAMAH~



p/s : Sempena bulan Ramadhan ini aku memohon maaf from tip to toe! Selamat berbazar ehhh.. BERPUASA!! :)

**All picture courtesy to google

Wednesday, June 19, 2013

Post untuk Abah saya!

Nur Afiza binti NAHARUDDIN.

NAHARUDDIN; yaaa itu nama ABAHKU. It may sound not that special for you & you.
tapi, bagi aku. He meant a world for me!
The only man that yang kukenali yang amat penyabar, penyayang & always be my HERO!!

Abah adalah anugerah dari Allah yang paling amats terINDAH buat aku buat KAMI.
Abah selalu ada untuk aku untuk KAMI.
Dari sekolah rendah sampai sekolah menengah abahlah yang akan gosok baju aku (hehe).
kejut kami bangun pagi & hantar pegi sekolah
bagi duit belanja berserta sekotak air soya setiap seorang buat alas perut sebelum rehat.
Abah memang caring at his best!

Abah selalu jadi orang yang terakhir tidur!
Tapi abah lah jugak orang paling awal bangun!!
Abah tak kisah nak basuh pinggan sendiri & pinggan anak-anak dia.
Abah tak kisah kena kemas rumah!
Abah suka bebel; tapi abah jugak yang buat semua.
Abah buat aku sentiasa percaya yang LELAKI baik itu EXIST!

To abah..
I ALWAYS & FOREVER WILL BE YOUR not so LITTLE GIRL!!

Ya Allah S.W.T, yang Maha kuasa, Maha memberi, Maha Mengasihi,
Berilah aku kesempatan untuk membalas setiap segala yang telah DIA korbankan buatku.

HAPPY FATHERS DAY TO ONE & MY ONLY ABAH!



Sunday, June 9, 2013

Update

Assalamualaikum..

At last aku bercadang untuk buat post baru. Setelah lama membiarkan sawang bermaharajalela dekat blog ni. let's have a quick about what had happen lately to me. macam biasa mana yang ingat jela ek.

1. Rezeki.

It's all about Allah s.w.t will. All that i can conclude is ALHAMDULLILAH. Feeling soo humble for all this. Besyukur tahap SANGAT-SANGAT. faham tak? takpelah tak paham sebab no words can describe  pun actually. Journey aku masih panjang, masih jauh dan harap-harap aku tidak akan sesekali lupa tanah yang aku pijak.

2. Pampering

About 3 weeks lepas aku & Babai pegi ke our 1st spa exprience! Yups, for 26 years this is the first!! apa nak jadilah kan?. Nama spa ni Poise Organic Wellness centre and sangat best. I recommend it for all of you. The spa situated at Old Klang Road & dalam 10 mins drive jek dari rumahku.

Actually, aku beli voucher groupon. Almost a month jugaklah aku duk survey which spa yang okay sebab aku ni memang paranoid bab-bab voucher ni. Bukan apa takutlah ada hidden2 charges or tak seperti yang kita expect, lagi-lagi kalau voucher tu murah sangat. Sebab banyangkan lah, takkan kau bayar RM38 and dapat all the massage, scrubs, sauna and banyak lagi kan. Macam tak logic and mesti ada apa-apa yang tersembunyi.

hurmmm..sebenarnya entry dah ada dalam draft lama! so, dah lupa apa yang aku nak list down kan..hehe..okaylah..till finger meet fingers again! ;)

Thursday, April 11, 2013

POLITIK - Pilihanraya ke 13

Assalamualaikum..

PRU 13 akan berlangsung pada 5 May 2013. So, marilah kita membincangkan bab pilihanraya ni. Supaya tidak DITUDUH tak ambil peduli tentang masa depan negara dan anak-anak kita nanti! pfffftttt~

Actually, semenjak kebelakangan ni aku jadi observer jer, tengok ragam manusia mempertahankan parti masing-masing dekat social network ni MasyaAllah... nak cakap cam takde pedoman pun ada jugak kenkadang. Selain tu, bendera-bendera parti juga semakin galak berkibar di setiap sudut and pelusuk tempat. MERIAH! macam nak raya. Kan best kalo time raya people do the same things just tukarkan bendera kepada ketupat! Okay. mengarut~

Apa pandangan aku untuk PRU ke 13 ni? Bagi pandangan budak mentah macam aku ni, apa yang aku nampak ialah time pilihan raya lah syaitan makin galak! Yela, bukan favorite depa ke kalo sesama Islam ni bermusuhan? putus silaturahim, menghina sesama sendiri, membenci sesama sendiri? bukan ke? tulah yang kita tak sedar, sebab kita terlalu asyik membiarkan nafsu sendiri berleluasa. Tak kisahlah parti Islam ke parti tak Islam ke. Tapi kalau dah korang tu Islam berjaga-jaga lah dengan penyakit hati ni. Duk sibuk kata orang kejar dunialah itulah inilah, tak perasan pula yang indirectly kita dah dapat dosa menghina sesama Islam.

Actually, bagi aku senang jek, kalau kita nak sokong mana-mana parti pun itu hak kita. Baik bagi kita tak semestinya tidak baik bagi orang lain dan begitulah sebaliknya. Sesungguhnya hanya Allah s.w.t yang mengetahui baik dan buruknya sesuatu perkara itu. Samada betul ke tak betul ke pilihan orang lain, don't ever questioned it secara melulu, maybe she/he has their own reason on why dia choose sesuatu itu. Mana kita tau kan? Ya, aku faham, kita taknak dituduh bersubahat kan? and kalau Allah turunkan bala kita semua akan kena. Aku faham tu, tapi pernah tak korang explore a proper way untuk menegur sesama Islam ni? pernah? Amboi! kalau bab politik laju jek korang duk search sana-sini, takkan pasal Islam berat pulak? issyhhh..issyhhh. Bagi yang dah search, mesti korang tahu cara-cara dan adab menegur dalam Islam kan? Cuba tengok cara Rasulullah menegur sahabat-sahabatnya, tak pernah pulak sampai diherdik-herdik mereka, dipanggil dengan gelaran yang tak sopan. TAK PERNAH.

INGAT, Islam itu Indah, halus dan lembut...TAPI, Islam zaman sekarang?. Nauzubillah~ Kenapa macam ni sekali? hina-menghina tu dah jadi macam ulam pulak, apa dah jadi pada Hablumminannas? *sigh*

Nak menghalang memang tak mampu, aku hanya mampu doa supaya keamanan dan ketenangan itu sentiasa milik kita Insyallah.

To all Malaysian out there. Selamat Mengundi.

p/s : rasa dewasa sangat bila dah boleh story pasal pilihanraya ni! ;)




Monday, March 11, 2013

My Bedroom Project

At last! aku berjaya juga mengagahkan diri untuk buat post ni! If u can read this, its mean I've made it! Actually, I have gazillion thing to be told, but makanan expired kalau dimakan pasti sudah tidak sedap kan? So, LUPAKAN jela. But, let me share apa latest activity that happen lately....

Actually, me  telah menggatalkan diri untuk mengajak my bestie (babai) untuk pegi hiking ke broga hills! OMG pancit taw gua nak naik bukit segala ni. Dengan warm up tak betul, dengan gym-ing pon dah lama tinggal! memang stamina tu taraklah kan.. hanya Allah yang tahu what I've gone thru that day! Lainlah babai kan, lajuuuu jek meng'hiking' tinggalkan aku yang struggling kat bawah ni.. easy katanya.. yela, orang members gym kan :-P But, Someday I'll definitely come back for this! When I'm more fitter for sure! Go Go Go!

So, tujuan asalku menulis entry malam ni ialah, nak story about my bedroom make-over project! Al-maklumlah bulan march ni kan bulan ehem-ehem. So debaran sangatlah maha hebat okay! Rumours dah macam-macam version aku dengar, 3? 5? 5.8? 6?.. 15hb? 17hb? 25hb? tak kisahlah, aku berserah Ya Allah. Apa jua rezeki yang dikurniakan kepada ku.. Aku terima dengan 10jari yang terbuka! Amin. 

So, as usual bila tiba jer musim ehem-ehem ni aku mesti dah ada plan macam-macam cara untuk memanfaatkan (manfaatkah?) duit itu sebaiknyaa. But to tell u what, my MAIN aim is to makeover my room!! Nak beli new bed, new quilt, changing new wall color and etc etc... So, wish me luck! tema untuk new look ni still dalam pertimbangan. Maybe not that typical pink ler kot, but a combination of pink with other color tu maybe lah, anyhow, can I live without pink??!

What's in mind right now, is MAYBE tiffany blue theme! sebab aku memang tengah GILA dengan color ini sekarang. And I love to paired it with peach (my ehem-ehem theme InshAllah). But macam tak syok pula sebab aku still want pink to be part of the show! So, dengan gigih ler men'google' this theme. So terjumpa lah gambar-gambar that more or less inspires me.. Layannn~







Part bedding pulak, Im searching some white frame bed yang bersambung terus dengan lantai. Taknak ada gap between floor and under bed sebab taknak ada any trash yang berkumpul bawah katil like now! Contoh bedding yang aku nak macam pics down here. Tapi sampai sekarang clueless nak cari kat mana kedai yang offer an affordable price with a good designs! pening mak!!





About quilts cover pulak, rasanya nak survey dekat IKEA jer sebab kat sana ada banyak hippy design & modern design. Hoping to find 1 that'll wind my both eyes & mind InshaAllah!

So, Yay or Nay dengan ideas ni? As ususal, bear in mind that this ideas actually tak final lagi. Normal la kan, planning senang, the challenge will comes when you wanna do it! So, when aku dah berjaya make-over my room InshaAllah I'll share it on my blog! Pray for me! till fingers meet keyboard again guys! 
Assalamualaikum & Gracias!!

Thursday, January 3, 2013

Pink lips

New year, new lip color i had! Yay or nay? its from Farmasi which aku bought at the famous online store FashionValet.
masa 1st time recieved this lipstick ketidak sabaran memang memuncak gilos la kan.. terus unbox and try.. tengok kat cermin the color a bit pale for me.. tapi bila dah lama-lama macam okayla pulak. heheehuu..
SO WHAT SAY YOU?
*saja nak wat entry remeh sebab nak try publish thru phone..

Tuesday, January 1, 2013

New Year Resolution.


Day 1 of 365;

Wah pejam celik, pejam celik dah 2013 kan? Rasa macam baru jek masuk 2012. Even azam-azam untuk last year banyak jek pending. hehee. tapi takpe kita buat kaedah "baki bawah bawah" gitu!

semalam aku memang berhajat nak tulis entry penutup. Tapi cam mengantuk+malas pulak, firework pun gua tak tunggu pon terusan aja bobok!! hehee..So, kira ni re-cap entry for 2012 jela yer. Actually banyak sangat story to tell about last year, tapi tulah nak ingat-ingat balik cam lupa pulak (alasan) kan.. So, kita summarize kan jela ek.
  • further up my studies at UKM
  • Peningkatan Career (Alhamdulillah)
  • Langkawi Vacay with Babai
  • Vietnam Vacay with family
  • Makin ramai kawan-kawan seperjuangan menukar status
  • 1st time hiking at Cameron Highland (coincidental)

Rasa-rasa ni jela kot BIG event yang jadi sepanjang last year. kot ada yang tertinggal ke, tak tahu la pulak and semua event tu not in sequence date.. okay done on recap, let's move on to my 2013 resolution. hurmm. aku rasa azam aku ni cliche la kot macam korang-korang diluar sana. so.. this is it :-
  • A better Muslim, Daughter, Employee, Student, Friend & everything else.....
  • Travel to two more new countries
  • Pandai masak without need to ask mak anymore!
  • Live a healthier lifestyle
  • Exercise more frequent
  • Say good bye to my laziness!!
  • Put my very best for everything

haaa. cukuplah kot, kang banyak-banyak tak terlaksana lak. hehehh. actually, ada je lagi tapi let's keep that to my own self la kot. too private to share :) Last but not least, dikesempatan ni aku nak wish to visitor "kekelip.blogspot.com" a Happy New Year 2013 and lets pray this new year will grant us a better life, opportunities & blessing! 

Till finger meet keyboard again.