Heyya! Phewww! Weekend yang sangat penat yet very enjoyable.
Alhamdulillah. Actually weekend lepas aku bercuti ke Pulau Langkawi, penantian selama
1 tahun akhirnya sampai jua. Itu nanti separate entry ler aku story yer. Tengah
gigih mengumpul gambar and edit-edit kasi nampak kurus sikit..hahahaha!!
Okla, actually entry kali ni aku nak citer pasal 1st
time aku menang online contest via FB! Yeay! Lately selalu la jugak join
contest ni sebab senang and tak memerlukan apa-apa cost kan and Alhamdulillah
for the first time aku menang! Menang plaks hadiah yang aku memang
sangat-bangat suke! Double yeay!
Contest ni hosted by Pearlnity! Meh aku story sikit apa
benda pearlnity ni sebenarnya. Pearlnity ni actually menawarkan beading/patching works yang memang awesome untuk baju/shawl tunang, kahwin, raya and etc! Setiap kali
Kina (owner) upload new works dia memang mata aku akan terbeliak-beliak dek
ke-awesome-an her beading works! Serius tak tipu u ols! Actually aku pun sebenarnya dah tempah
sehelai selendang chiffon for this November events! Tak sabar nak tengok
hasilnyaaa! Berbalik pada contest yang aku menang ni, this contest conducted
sempena anniversary Pearlnity buat pertama kalinyaaa! And to join this contest
it’s required you to perform these 3 simple steps!
1. Share pearlnity page
2. Like the anniversary banner
3. Comment kat banner post!
Senang kan? Tak sampai seminit jek kottt! kacang putih
amma!! ;)
Nak dijadikan cerita yang agak epic, time aku tahu yang aku
menang this contest time tu aku tengah rehat-rehat kat dalam hotel room while
in Langkawi. Mula-mula saja duk usha-usha (rempit sangat!) FB sendiri, then
teringat yang contest ni kina nak announce bila-bila masa. Click page pearlnity
and mata duk cari post nama pemenang! Then terus gigih cari nama sendiri and……………..
BINGO!!
Automatic melompat atas katil hotel smp ade bunyi asing kat
katil tu! Errr! Tak roboh OKEY!! Hehe.. lagi tambah excited bila nama aku color
MERAH! Maknanye hadiah misteri! Yaaaaa! Wang besau wang besau!! Hehe.. tanpa
melengah-lengah terus send email kat kina details aku and esoknya kina dah
reply! Alhamdulillah! Apa hadiahnya?? Rahsiaaa.. tapi macam pucuk dicita ulam mendatang jek! wakakakaa! oklaaa, dah tebus nanti baru aku share
k! ;p
So, sekian itu jela yang
aku nak sharekan di online-diary ku ini. Untung-untung bila nak reminiscing memories adalah platform nya tak gitu? So, till fingers meet keyboard again!
Assalamualaikum.