Wednesday, October 10, 2012

1st time + Pearlnity = YEAYY!!


Heyya! Phewww! Weekend yang sangat penat yet very enjoyable. Alhamdulillah. Actually weekend lepas aku bercuti ke Pulau Langkawi, penantian selama 1 tahun akhirnya sampai jua. Itu nanti separate entry ler aku story yer. Tengah gigih mengumpul gambar and edit-edit kasi nampak kurus sikit..hahahaha!!

Okla, actually entry kali ni aku nak citer pasal 1st time aku menang online contest via FB! Yeay! Lately selalu la jugak join contest ni sebab senang and tak memerlukan apa-apa cost kan and Alhamdulillah for the first time aku menang! Menang plaks hadiah yang aku memang sangat-bangat suke! Double yeay!

Contest ni hosted by Pearlnity! Meh aku story sikit apa benda pearlnity ni sebenarnya. Pearlnity ni actually menawarkan beading/patching works yang memang awesome untuk baju/shawl tunang, kahwin, raya and etc! Setiap kali Kina (owner) upload new works dia memang mata aku akan terbeliak-beliak dek ke-awesome-an her beading works! Serius tak tipu u ols! Actually aku pun sebenarnya dah tempah sehelai selendang chiffon for this November events! Tak sabar nak tengok hasilnyaaa! Berbalik pada contest yang aku menang ni, this contest conducted sempena anniversary Pearlnity buat pertama kalinyaaa! And to join this contest it’s required you to perform these 3 simple steps!

1. Share pearlnity page
2. Like the anniversary banner
3. Comment kat banner post!

Senang kan? Tak sampai seminit jek kottt! kacang putih amma!! ;)

Nak dijadikan cerita yang agak epic, time aku tahu yang aku menang this contest time tu aku tengah rehat-rehat kat dalam hotel room while in Langkawi. Mula-mula saja duk usha-usha (rempit sangat!) FB sendiri, then teringat yang contest ni kina nak announce bila-bila masa. Click page pearlnity and mata duk cari post nama pemenang! Then terus gigih cari nama sendiri and…………….. BINGO!!


Automatic melompat atas katil hotel smp ade bunyi asing kat katil tu! Errr! Tak roboh OKEY!! Hehe.. lagi tambah excited bila nama aku color MERAH! Maknanye hadiah misteri! Yaaaaa! Wang besau wang besau!! Hehe.. tanpa melengah-lengah terus send email kat kina details aku and esoknya kina dah reply! Alhamdulillah! Apa hadiahnya?? Rahsiaaa.. tapi macam pucuk dicita ulam mendatang jek! wakakakaa! oklaaa, dah tebus nanti baru aku share k! ;p


So, sekian itu jela yang aku nak sharekan di online-diary ku ini. Untung-untung bila nak reminiscing memories adalah platform nya tak gitu? So, till fingers meet keyboard again! Assalamualaikum.

No comments: